BAHAYA BABY WALKER! CACAT SAMPAI TUA.

BAHAYA BABY WALKER!
CACAT SAMPAI TUA !
Ni la gambar aku kecik-kecik dulu. 42 tahun dulu.. Tapi aku tak pasti samada masa ni aku dah kena atau tak. 

Umur aku sekarang 43 tahun. Kisah ni terjadi sejak aku kecil lagi. Masa tu umur aku dalam setahun. Mak masukkan aku dalam baby walker. Tinggalkan aku sekejap di amben (pangkin besar) di dapur sebab nak ambil barang.  Aku pulak, pegi kejar mak aku dari belakang. Dia pergi, aku pun ikut.. Dan ended up, aku dengan walker sekali jatuh dari amben tu.

Macam ni la amben tapi amben rumah kampung aku dulu lagi besar. 

Time tu mak aku kata, aku nangis tapi sampai tak de suara. Pergi jumpa doktor, doktor kata ok je. Jadi, mak bapak aku ingat, aku ok laa.. Cume satu je diorang pelik. Bila timang aku, dalam pada aku ketawa tu, badan aku mesti merengkuk.

Rupa-rupanya, bila dah tingkatan 5, baru aku tau yang aku ni sebenarnya CACAT! Tu pun sebab bila aku nak ke universiti, aku kena buat medical check up. Bila x-ray, aku tengok tulang belakang aku bengkuk. Patutlah selama ni aku selalu sakit belakang.

Lebih kurang gini la bentuk tulang belakang aku. Orang kata scoliasis. 

Aku pun tak sedar yang aksi regangan macam acara gimrama yang selalu aku buat untuk kurangkan rasa sakit belakang aku ni rupanya ada kaitan dengan kecacatan tulang belakang aku.

Patut la juga kawan-kawan aku kata, kaki aku macam pendek sebelah. Bahu aku pun tak sama tinggi. Bentuk badan aku pun macam 'S'. Memang pakaian ikut shape tu aku tak dapat la nak melaram. Sedangkan, aku memang kaki melaram!

Rupa-rupanya, ini lah tanda jelas yang menunjukkan aku ada masalah tulang belakang.

Aku pernah juga rujuk kepada pakar kerajaan. Tapi disebabkan aku masa tu tak la nampak menderita sangat macam nenek kebayan agaknya, maka doktor kata tak payah buat apa-apa. Aku pulak, jenis tak pandai nak membantah, ikut je laa..

Aku teruskan pembelajaran di universiti tempatan. Tapi yang paling ketara, aku memang tak boleh fokus dalam pelajaran. Keputusan peperiksaan aku makin lama makin merosot. Aku dapat rasakan yang makin lama, aku makin bodoh. Aku keluar universiti pun dengan keputusan yang mengecewakan.

Tapi baru sekarang aku tau jawapannya. Memang tak syak lagi semua ni berpunca daripada tulang belakang aku yang bengkuk tu. Rupa-rupanya, orang Korea juga sangat percaya, faktor kemerosotan pelajaran anak-anak mereka ada kaitan dengan tulang belakang. Ya laa.., macamana nak pandai kalau tak boleh nak fokus, susah nak ingat, susah nak faham, susah nak berimaginasi. Sebab tulang belakang bermasalah.

Tidur aku pun selalu tak nyenyak. Susah sangat nak dapat tidur yang berkualiti. Makin bertambah usia aku, makin kurang aku dapat tidur. Akhirnya, aku selalu cepat letih. Aku selalu tak cukup tidur. Aku selalu perlukan masa tidur yang lebih panjang dari orang lain.

Aku juga pernah pergi buat rawatan ala-ala kiropraktik. Memang bagus, tapi dapat hidup normal kejap aje. Lepas tu tulang belakang aku balik semula bengkuk macam dulu juga.

Masa umur aku awal 30'an, doktor sahkan aku ada fibroid. Tapi masa tu dalam 2 cm je. Doktor kata, tu normal. Jadi aku buat tak endah je.

Tapi bila umur aku masuk pertengahan 30'an, tak tau apa punca, aku mula kena senggugut kuat. Setahun menderita, seorang doktor cina perempuan Klinik Sungai Rambai buatkan surat supaya aku boleh rujuk kepada doktor pakar Gyne Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Walaupun dah dapat 'lesen besar' kat situ, tapi keadaan kesihatan aku makin merosot. Tak cukup dengan fibroid, aku juga disahkan ada cyst kiri kanan dan juga endometriosis tahap 4!

6 tahun berulang alik temujanji dengan pakar tapi fibroid aku makin besar. Senggugut aku tak pernah reda. Tiap bulan mesti meraung sakit! Cyst pula, kejap ade kejap tak ada. Rupanya bergantung pada pemakanan aku. Aku tak boleh makan makanan dalam plastik rupanya. Sebab ini akan menyebabkan wujudnya hormon palsu. Hormon aku jadi bertambah. Maka terjadilah cyst.

Sampai satu tahap, rahim aku membengkak. Memang betul tak tahan sakit! Seluar dalam pun aku tak boleh pakai. Tapi mana boleh tak pakai, masa aku datang haid???  Memang sangat menderita masa tu.

Aku nekad! Aku mesti buat sesuatu untuk sembuhkan penyakit aku ni..

Aku dengar cerita, tentang KATIL RAWATAN TERBAIK DUNIA (kononnya) DR RAY. Di sebabkan aku dah tak tahan, aku beli juga katil tu. Dengan harapan dapat, sembuhkan penyakit aku ni. Ni usaha aku yang terakhir sebab aku dah cuba macam-macam sebenarnya untuk sembuhkan sakit aku ni. Termasuklah jamu, vitamin, makanan tambahan, makanan baik-baik.., semuanya tak jalan.

4 bulan guna katil DR RAY PREMIUM JADE MASSAGE BED, endometriosis aku ke tahap rendah, senggugut dah kurang banyak sangat, fibroid aku dalam sebulan dah mengecil dari 8 x 11cm jadi 6.5 x 7cm (aku tak dapat nak bagi result terbaru sebab aku belum lagi jumpa doktor). Sepanjang aku hidup sebelum ni, dah cuba macam-macam produk, tapi tak pernah sekalipun fibroid aku mengecil.

Tulang belakang aku yang bengkuk tu pun setelah 42 tahun dapat dipulihkan semula. Dua minggu je guna katil tu tulang belakang aku dah normal semula.

Kata pakar tradisional, dan juga baru-baru ni aku jumpa satu forum dari barat yang mengatakan salah satu punca fibroid dan endometriosis adalah disebabkan oleh tulang belakang yang bengkuk.

Tulang belakang yang bengkuk ni menyebabkan darah, toksin, hormon, berkumpul di suatu tempat yang menyebabkan lama kelamaan tumbuhnya endometriosis dan fibroid.

Sekarang, walaupun dah berumur 43 tahun, aku masih lagi belum ada zuriat. Mungkin agak terlambat sebab aku jumpa katil ni pun dah lambat. Tapi aku tau, ni semua dah Allah tentukan. Aku redha.. :'(
Tapi aku sedang berusaha untuk dapatkan zuriat.

Walaupun suami tercinta aku tak kesah kalau tak ada anak sekalipun, tapi aku tetap juga nak mencuba.

Aku minta korang semua doakan supaya aku dapat juga ada zuriat dari rahim aku sendiri ni ya. Semoga kalian juga dalam rahmat Allah.. Amin..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.