DR RAY JADE MASSAGE BED ADALAH KATIL RAWATAN TERBAIK DUNIA YANG MERAWAT TULANG BELAKANG DAN BANYAK JENIS PENYAKIT LAIN SEKALIGUS DENGAN SATU RAWATAN SAHAJA. RAWATAN INI ADALAH SELAMAT DAN TIADA KESAN SAMPINGAN. MERAWAT DENGAN KAEDAH SEMULAJADI MENGGUNAKAN HABA, CAHAYA, BERTUNGKU, URUTAN DAN TEKANAN, GETARAN SERTA WARNA. TIDAK MENGGUNAKAN ELEKTRIK UNTUK MERAWAT.
Q & A ( SESI SOAL JAWAB)
SOALAN:
Adakah katil ini menggunakan elektrik dalam merawat penyakit?
JAWAPAN:
Katil ini tidak menggunakan elektrik dalam merawat penyakit. Ia menggunakan elektrik hanya untuk menggerakkan projektor sahaja tapi bukan untuk merawat penyakit. Katil ini hanya menggunakan rawatan secara semulajadi seperti rawatan haba, cahaya, bertungku, urutan, tekanan sahaja.
-----------------------------------------
SOALAN:
Antara dua katil yang ditawarkan, katil yang mana lebih baik?
JAWAPAN:
Antara Advanced V3 Korean Massage Bed dengan Premium Jade Massage Bed, katil Premium Jade Massage Bed lebih baik kerana mempunyai rawatan far infrared bukan saja, pada tulang belakang, malah bahagian kepala dan kaki juga.
------------------------------------------
SOALAN:
Apakah itu far infrared?
JAWAPAN:
Far infrared adalah cahaya yang tidak dapat dilihat yang bersifat hangat di mana ia sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita. Oleh itu, ia sangat mesra dengan tubuh kita. Tubuh juga sangat memerlukan far infrared untuk berfungsi. Tanpa far infrared, kita akan mati.
Disebabkan betapa pentingnya far infrared ini, maka bayi yang pramatang juga dimasukkan ke dalam incubator yang memancarkan far infared supaya mereka dapat membesar dan lebih sihat di situ.
Oleh kerana itu, apabila menggunakan katil rawatan DR RAY, tubuh akan menyerap far infrared yang dipancarkan dengan segera. Jadi, darah akan menjadi hangat, aliran darah lebih lancar, seterusnya meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Apabila pengaliran darah lebih lancar, ini bermakna oksigen dalam darah juga meningkat, toksin dinyah dari tubuh, nutrisi dapat diserap oleh tubuh dengan lebih baik. Ini bermakna, sel-sel tubuh akan terhasil, yang rosak akan digantikan dengan segera. Oleh itu mereka juga akan bertambah sihat.
------------------------------------------
SOALAN:
Tidak Bahayakah Katil Rawatan ini Jika digunakan Setiap Hari? Kenapa?
JAWAPAN:
Sudah semestinya tidak bahaya. Malah jika anda mengalami masalah kesihatan, adalah digalakkan untuk memakai katil 2 hingga 3 kali sehari. Namun begitu, jika anda mengalami penyakit yang serius, anda boleh menggunakanya banyak kali dalam sehari, bila-bila masa jika mahu. Ini adalah kerana, cahaya far infrared tidak merbahaya.
----------------------------------------
SOALAN:
Siapakah yang tidak digalakkan menggunakan katil ini?
JAWAPAN:
Semua orang boleh menggunakannya termasuk kanak-kanak kecuali ibu mengandung kerana dikhuatiri kepanasan boleh menyebabkan keguguran dan sesiapa yang mengalami pereputan tulang serta mereka yang telah mengalami sakit jantung yang teruk kerana dikhuatiri jantung mereka tidak dapat menampung perubahan kondisi badan secara mendadak.
----------------------------------------
SOALAN:
Bagaimanakah katil rawatan DR RAY dapat membantu pesakit batu karang?
JAWAPAN:
Dengan rawatan menggunakan far infrared, penyakit batu karang dapat dicegah. Batu karang juga dapat dipecahkan dan dikeluarkan melalui perkumuhan. Namun begitu, lagi besar batu karang itu, lagi lamalah masa yang harus diambil untuk menyembuhkannya.
----------------------------------------
SOALAN:
Bagaimanakah katil rawatan DR RAY dapat membantu dalam merawat pesakit buah pinggang?
JAWAPAN:
Apabila far infrared dipancarkan, ia akan diserap oleh tubuh dengan mudah. Maka, darah menjadi hangat dan mengalir dengan baiknya. Oleh itu dapat membawa oksigen dalam darah dengan baik. Toksin dan logam berat juga dapat disingkirkan dengan mudah dan berkesan. Seterusnya meningkatkan sistem imunisasi badan. Proses penyembuhan juga dapat berlaku dengan baik di mana sel-sel yang rosak dipulihkan dan sel-sel baru terbentuk. Fungsi badan juga berada ditahap yang normal kembali. Oleh itu, ia dapat mwmbantu pesakit buah pinggang dan juga pesakit-pesakit yang lain.
----------------------------------------
SOALAN :
Apa yang berlaku kepada tubuh badan manusia semasa menjalani rawatan dengan Dr Ray Massage Bed ?
JAWAPAN:
1. Melancarkan & meningkatkan Peredaran Darah
2.Membersihkan Darah
3. Meningkatkan kekebalan tubuh
4. Menghilangkan Stress
5. Membuang toksin dalam Badan/Darah
6. Merangsang penghasilan sel-sel baru dalam badan
7. Memperbaiki sel-sel lama yang rosak
8. Membuka pembuluh darah yang tersumbat
9. Membetulkan Posisi Tulang Belakang
10. Jiwa lebih tenang dengan terapi ayat-ayat suci Al Quran semasa rawatan.
11. Menyeimbangkan sel darah putih.
-----------------------------------------
SOALAN:
Berapa kalikah dalam sehari saya boleh menggunakan katil ini?
JAWAPAN:
Jika anda tidak mempunyai sebarang penyakit, untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, gunalah katil ini seminggu 3 kali sahaja pun sudah memadai. Jika ingin menggunakannya setiap hari pun tidak mengapa kerana ia tidak memudaratkan.
Untuk memulihkan penyakit pula, adalah digalakkan untuk menggunakan katil ini 2 atau 3 kali sehari. Jika ingin menggunakan lebih kerap lagi juga tidak mengapa. Ia akan lebih berkesan untuk menyembuhkan penyakit.
------------------------------------------
SOALAN:
Bagaimanakah pesakit kencing manis boleh dibantu apabila menggunakan katil rawatan DR RAY ini?
JAWAPAN:
Setiap hari, pesakit kencing manis mempunyai tahap bacaan gula dalam darah yang berlainan bergantung pada pemakanan mereka. Ini melibatkan peredaran darah dalam tubuh. Oleh itu, pesakit kencing manis harus menggunakan katil ini setiap hari. Ini akan membantu mereka berada dalam keadaan stabil setiap hari tanpa diet yang ketat. Ramai pesakit kencing manis suka menggunakan katil rawatan DR RAY ini kerana mereka boleh menikmati makanan tanpa rasa takut kerana bacaan gula mereka tetap normal. Namun begitu, untuk mencapai bacaan yang ideal begini, ia juga perlu mengambil masa untuk memulihkan urat saraf dan organ-organ dalaman yang rosak akibat kencing manis.
------------------------------------------
SOALAN:
Mengapa saya berasa pening, mual dan muntah selepas pertama kali menggunakan katil rawatan DR RAY ini?
JAWAPAN:
Memang terdapat reaksi seperti itu bagi mereka yang menggunakan katil rawatan ini. Malah ada juga yang demam setelah menggunakannya.
Namun begitu, reaksi ini sebenarnya menunjukkan kondisi badan anda yang tidak sihat. Lebih teruk penyakit seseorang, lebih banyak tindak balas negatif yang akan mereka alami.
Sungguhpun begitu, reaksi sebegini akan mula berkurangan dari hari ke hari. Ini seterusnya menunjukkan bahawa kondisi badan anda semakin baik.
Oleh itu, jangan takut menggunakan katil ini kerana ia sebenarnya telah menunjukkan reaksi positif dalam proses penyembuhan. Teruskan penggunaan tanpa ragu.
-------------------------------------
SOALAN:
Saya mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit saraf, pelupa dan beberapa jenis lagi penyakit lain. Sebelum ni makan, mandi, jalan, semua kena bantu. Tapi dalam tempoh tak sampai seminggu selepas guna katil DR RAY PREMIUM JADE MASSAGE BED, saya dah boleh makan, berjalan dan mandi sendiri. Ingatan pun dah pulih kembali. Bolehkah saya berhenti dari menggunakan katil ini?
JAWAPAN:
Pada peringkat awal, apa yang anda alami ialah pengaliran darah telah menjadi baik, segala urat saraf menjadi lembut, fungsi tubuh ke tahap yang jauh lebih baik dan banyak toksin yang keluar dari tubuh. Keadaan ini hanya satu permulaan dan kondisi tubuh akan terus menjadi lebih baik jika katil terus digunakan.
Jika tuan ingin terus sihat, saya sarankan agar teruskan mengguna katil ini sampai bila-bila. Ini kerana kita makan bermacam-macam jenis makanan tanpa kawalan, ini akan mengundang semula toksin dalam tubuh. Lemak dan kolestrol juga akan berkumpul semula akibat daripada pemakanan kita. Kondisi tubuh juga akan menjadi buruk semula jika tidak menjaga pemakanan dengan baik. Gunalah katil ini sepanjang hayat jika ingin sihat sentiasa.
------------------------------------------
SOALAN:
Saya mengalami slip disk. Semasa penggunaan pertama katil DR RAY Premium Jade Massage ini, saya dapat rasakan yang tulang tersebut telah berada di kedudukan asalnya. Perlukah saya menggunakan katil ini lagi?
JAWAPAN:
Perlu. Walaupun tulang telah kembali ke posisi normal, tetapi tulang anda belum sembuh sepenuhnya. Tisu dan otot-otot disekitar tulang juga belum kuat. Slip disk akan berlaku semula jika anda bergerak aktif.
Untuk normal kembali, ia memakan masa 2 atau 3 bulan lagi dan anda harus menggunakan katil ini setiap hari, 2 kali sehari kerana far infrared dapat membantu memulihkan sel-sel yang rosak dan seterusnya mwnguatkan semula otot-otot sekitarnya.
------------------------------------------
SOALAN:
Saya takut menggunakan katil ini kerana ia menggunakan far infrared. Saya takut sekiranya ia seperti laser atau akan menyebabkan radiasi atau boleh memudaratkan kesihatan.
JAWAPAN:
Cahaya far infrared adalah cahaya yang selamat. Sehingga kini tiada kesan sampingan buruk yang direkodkan oleh mana-mana pihak diseluruh dunia tentang cahaya far infrared. Malah, terlalu banyak kebaikan far infrared ini. Cahaya ini selamat dan adalah seperti cahaya matahari pada awal pagi.
------------------------------------------
SOALAN:
Bagaimanakah cahaya far infrared terhasil?
JAWAPAN:
Apabila cahaya dari mentol dipancarkan melalui jade, maka cahaya yang keluar adalah cahaya far infrared. Inilah kaedah yang digunakan oleh katil rawatan ini untuk menghasilkan cahaya far infared.
------------------------------------------
SOALAN:
Saya berumur 70 tahun. Merupakan pengidap kencing manis, darah tinggi, sakit saraf dan tidak berkeupayaan untuk berjalan serta tidak berkeupayaan untuk menguruskan diri sendiri. Setelah menggunakan DR RAY PREMIUM JADE MASSAGE BED setelah 5 hari, saya kini sudah boleh berjalan tanpa dibantu, telah ada selera makan, kencing manis dan darah tinggi juga menunjukkan bacaan yang lebih baik.
Namun begitu, setelah sebulan berhenti menggunakan katil ini, kesihatan saya menunjukkan kemerosotan semula. Mengapakah jadi begitu? Apa pandangan tuan?
JAWAPAN:
Apabila telah berusia, tubuh mengalami kemerosotan fungsi secara semulajadi. Apabila menggunakan katil ini, fungsi tubuh akan dipertingkatkan. Oleh kerana itu, banyak penyakit dapat dipulihkan semula.
Lebih lama menggunakan katil ini, lebih banyak penyakit yang dapat dicegah dan dirawat.
Namun begitu, apabila berhenti menggunakan katil ini, tidak mustahil fungsi tubuh akan mengalami kemerosotan semula. Ini adalah kerana faktor usia, faktor pemakanan dan alam sekitar yang boleh menyebabkan toksin, lemak, kolestrol, berkumpul semula. Nutrien dan oksigen juga tidak dapat sampai ke seluruh tubuh dengan baik. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya penyakit tersebut akan berulang semula selepas tidak menggunakan katil ini.
----------------------------------------------
SOALAN:
Perlukah saya makan ubat yang dibekalkan oleh hospital setelah menggunakan katil ini kerana saya telah pun OK.
JAWAPAN:
Perlu kerana biar doktor yang mengesahkan dan menentukan dos dan keperluan ubat yang diambil.
----------------------------------------------
rawatan tulang belakang, slip disc, rawatan saraf, cyst, fibroid, katil ceragem untuk dijual, katil urut, katil terapi, ceragem bangi, testimonial ceragem, rawatan percuma ceragem, Ceragem malaysia, ceregam melaka, harga ceragem, ceragem murah, jual ceragem, pusat rawatan ceragem, ceragem master v3,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.